Bengkel Munaskhat Guna Excel 2024 (Rakaman)

Bengkel Munaskhat Guna Excel 2024 (Rakaman)


✳️ PENGENALAN

Munasakhat ialah kematian ahli waris yang berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan kepada ahli waris si mati yang pertama

Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Masalah munasakhat merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian dengan teliti. Ini memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan rumit.

Kesilapan yang berlaku semasa pengiraan sama ada dalam penentuan ahli waris, bahagian mereka atau pun semasa pengiraan munasakhat dilakukan mengakibatkan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat.


✳️ MASALAH

Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis yang melibatkan bilangan ahli waris yang sangat ramai. 

Selain daripada itu, cara pengiraan yang biasa juga amat merumitkan. Pengiraan secara manual iaitu ditulis di atas kertas memerlukan saiz kertas yang besar. Kebiasaannya kertas bersaiz A4 akan dicamtumkan satu persatu. 

Jika ada kesalahan atau penambahan yang perlu dilakukan, amat sukar untuk membuat pembetulan atau penambahan tersebut. Mungkin terpaksa menggunakan kertas yang baru.

Oleh itu, dalam merungkai masalah ini, pihak Akademi Alif menyediakan rakaman Bengkel Munasakhat Guna Excel iaitu bengkel menyelesaikan kiraan munasakhat secara mudah dan cepat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.

Dalam video bengkel ini andaakan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan formula di dalam Microsoft Excel.


✳️KEISTIMEWAAN BENGKEL INI

Dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel, pengiraan Munasakhat menjadi mudah dan cepat kerana :

<> Jadual telah tersedia, cuma perlu masukkan data sahaja.

<> Pengiraan secara langsung dengan formula yang tersedia, tidak memerlukan kalkulator.

<> Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu.

<> Pengiraan yang banyak lapisan dapat dilakukan, tidak memerlukan kertas yang banyak

<> Data yang tersalah atau tercicir boleh dibetulkan semula tanpa menjejaskan data yang sedia ada.


✳️ SIAPA PERLU DAPATKAN VIDEO INI?

Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka seperti perunding, peguam dan para asatizah.


✳️ RAKAMAN BENGKEL ONLINE

Bengkel telah dibuat secara langsung melalui platfom Google Meet pada bulan September tahun 2024. Para pembeli akan dapat fail rakaman penuh bengkel selama lebih kurang 7 jam. Video dapat dimuat turun di mana-mana sahaja. Dapat ditonton bila-bila masa. Tiada tempoh masa untuk muat turun rakaman.


✳️ DISEDIAKAN

<> E nota 

<> Rakaman bengkel


✳️ PERHATIAN !

 !  Video Bengkel ini khas bagi peserta yang mempunyai kemahiran pengiraan faraidh sahaja

 ! Sila sediakan laptop/tablet/ipad berasingan sebelum mula tonton video ini


✳️ PERTANYAAN 

Sila hubungi 018 789 2252 atau 

WhatsApp > https://wa.me/60187892252


www.akademialif.com

www.fahamfaraidh.com


Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya


Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat #mudah #microsoft #excel


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bengkel Munasakhat Guna Excel (Rakaman)
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau


Maklumat Peniaga

Alif Abadi Enterprise (SA 0399406-W)
akademialif@gmail.com
+60187892252
Bantuan (WhatsApp)