Bengkel Munaskhat Guna Excel 28 Jun 2026

Bengkel Munaskhat Guna Excel 28 Jun 2026

   

Mempelajari kaedah MUDAH dan PANTAS penyelesaian kiraan Faraidh kematian berlapis dengan menggunakan formula dalam Microsoft Excel

<> Tarikh : 28 Jun 2026, Ahad

<> Masa : 9 pagi - 5 petang


✳️ TAWARAN HEBAT !

<> Potongan RM 45 untuk pendaftaran awal

(Promosi sah sehingga 10 Jun 2026)


<> Yuran bersemuka : RM 185 seorang (Harga asal RM 230)

<> Yuran online : RM 145 seorang (Harga asal 190)

(Kod kupon = RM45)


✳️ HADIAH PERCUMA !

<> Poster Roda Faraidh

Bersemuka = poster fizikal

Online = poster digital

<> Slaid bengkel

<> Rakaman bengkel


✳️ TEMPAT TERHAD !     

Daftar segera! Bengkel ini hanya terhad kepada 30 peserta bersemuka dan 149 peserta online sahaja.


✳️ INFAQ  

<> 10% daripada yuran akan disumbangkan kepada Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia, iaitu pertubuhan NGO dakwah ilmu faraidh yang berdaftar.


✳️ INFO BENGKEL

<> Bersemuka : Masjid Denai Alam, Seksyen U16, Shah Alam

<> Online : Google Meet 

<> Penceramah : Ustaz Hilmi (Penulis buku Faham Faraidh), Tauliah MAIS, MAIWP, MAINS


✳️ PENGENALAN

   Munasakhat ialah kematian ahli waris yang berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan kepada ahli waris si mati yang pertama

  Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia tidak lama selepas itu.

  Masalah munasakhat merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian dengan teliti. Ini memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan rumit.

Kesilapan yang berlaku semasa pengiraan sama ada dalam penentuan ahli waris, bahagian mereka atau pun semasa pengiraan munasakhat dilakukan mengakibatkan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat.


✳️ MASALAH

   Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis yang melibatkan bilangan ahli waris yang sangat ramai. 

  Selain daripada itu, cara pengiraan yang biasa juga amat merumitkan. Pengiraan secara manual iaitu ditulis di atas kertas memerlukan saiz kertas yang besar. Kebiasaannya kertas bersaiz A4 akan dicamtumkan satu persatu. 

  Jika ada kesalahan atau penambahan yang perlu dilakukan, amat sukar untuk membuat pembetulan atau penambahan tersebut. Mungkin terpaksa menggunakan kertas yang baru.

  Oleh itu, dalam merungkai masalah ini, Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dan Akademi Alif akan mengadakan satu Bengkel Munasakhat Guna Excel iaitu bengkel menyelesaikan munasakhat secara mudah dan cepat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.

Dalam bengkel ini peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan formula di dalam Microsoft Excel.


✳️KEISTIMEWAAN BENGKEL INI

Dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel, pengiraan Munasakhat menjadi mudah dan cepat kerana :

<> Jadual telah tersedia, cuma perlu masukkan maklumat sahaja.

<> Pengiraan secara langsung dengan formula yang tersedia, tidak memerlukan kalkulator.

<> Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu.

<> Pengiraan yang banyak lapisan dapat dilakukan, tidak memerlukan kertas yang banyak

<> Maklumat yang tersalah atau tercicir boleh dibetulkan semula tanpa menjejaskan maklumat yang sedia ada.


✳️ SIAPA PERLU HADIR?

Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka seperti perunding pusakapeguam dan para asatizah ilmu faraidh.


✳️ LOKASI BENGKEL BERSEMUKA

Masjid Denai Alam, Seksyen U16, Shah Alam

https://maps.app.goo.gl/iaMCmkGPWXWcf8oq5


✳️ BENGKEL ONLINE

Bengkel akan menggunakan platform Google Meet


* Bengkel akan dilaksanakan secara hibrid, serentak bersemuka dengan online


✳️ TENTATIF BENGKEL

08.30 pagi

Kehadiran peserta

Pautan Google Meet diberikan


09.00 pagi

Pengenalan Masalah Munasakhat 

Pengenalan Jadual Microsoft Excel

Cara manual penyelesaian kes munasakhat

Cara formula penyelesaian kes munasakhat


09.30 pagi

Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 1


12.30 petang

Makan tengah hari (bersemuka)| Solat Zohor


02.15 petang

Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 2


04.45 - 05.00 petang

Penutup | Penyampaian sijil | Sesi bergambar


✳️ DISEDIAKAN

<> Fail Excel

Bersemuka

<> Buku nota 

<> Jamuan makan

<> Sijil penyertaan

<> Rakaman


Online

<> E-Nota 

<> Rakaman 

<> E-Sijil penyertaan


✳️ PERHATIAN !

 !  Bengkel ini khas bagi peserta yang mempunyai kemahiran pengiraan faraidh sahaja

 !  Sila bawa/guna laptop/tablet/ipad sendiri bagi peserta bersemuka.

 Digalakkan menggunakan komputer yang menggunakan Windows


✳️ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN

Sila isi borang di bawah.

Kod kupon = RM45 (sah sehingga 6 Jun 2026)


✳️ PERTANYAAN

Sila hubungi 018 789 2252 atau 

WhatsApp > https://wa.me/60187892252


www.fahamfaraidh.com


Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira 


Faham Faraidh, Harta Berkat, Waris Selamat


#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat #mudah #microsoft #excel #pdfm #akademialif #pertubuhanduahfaraidhmalaysia #kematianberlapis


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Yuran Penyertaan Bengkel Munasakhat Guna Excel 28 Jun 2026 (bersemuka)
26
Yuran Penyertaan Bengkel Munasakhat Guna Excel 28 Jun 2026 (online)
138
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PESERTA



Maklumat Peniaga

Alif Abadi Enterprise (SA 0399406-W)
akademialif@gmail.com
+60187892252
Bantuan (WhatsApp)