Bengkel Lanjutan Faraidh (Online) 30 Nov 2025
BENGKEL LANJUTAN FARAIDH (Online)
(Bengkel ini adalah lanjutan daripada Bengkel Asas dan Kira Faraidh. Khas buat anda yang telah mahir asas dan pengiraan faraidh)
<> 30 Nov 2025, Ahad
<> 9 pagi – 4 petang
<> RM 39 sahaja
<> Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS, MAINS dan MAIWP
✨ PENGENALAN
Setelah mengetahui dan memahami asas dan pengiraan faraidh, dengan sukacitanya Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dan Akademi Alif akan meneruskan bengkel berikutnya iaitu Bengkel Lanjutan Faraidh
Bengkel Lanjutan ini diadakan sebagai tambahan untuk mendalami lebih dalam lagi berkaitan ilmu Faraidh serta memperbanyakkan latihan ahli waris yang berhak, bahagian mereka dan pengiraan.
Bengkel ini khusus kepada peserta yang telah menyertai Bengkel Asas Faham Faraidh dan Bengkel Kira Faraidh yang terdahulu. Namun begitu, bengkel ini juga terbuka kepada mereka yang telah faham dan mahir tentang asas faraidh dan pengiraan.
✨ OBJEKTIF BENGKEL LANJUTAN
☑️ Memahami pengetahuan yang lebih mendalam tentang ilmu Faraidh
☑️ Mempertingkatkan cara mengenali ahli waris yang berhak dan bahagian mereka
☑️ Menajamkan kemahiran Kaedah Fajar
☑️ Menambah kemahiran pengiraan bahagian ahli waris
✨ KANDUNGAN BENGKEL
☑️ Masalah-masalah dalam pengiraan
- Jumlah pembilang lebih besar daripada Asal Masalah (العَوْل)
- Pengembalian bahagian kepada ahli waris ( الرَدّ )
- Datuk bersama saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )
☑️ Munasakhat / Perpindahan ( المُنَاسَخَات )
☑️ Takharuj / Keluar daripada mengambil bahagian ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )
☑️ Masalah-masalah yang dikecualikan daripada pengiraan biasa.
- Al-Gharrawiyatain ( الغًرَّوِيَتَيْن )
- Al-Musytarakah ( المُشْتَرَكَة )
- Al-Akdariah ( الأَكْدَرِيَّة )
☑️ Ramalan dan penjagaan
- Janin dalam kandungan
- Anak zina atau li'an
- Khunsa
- Orang yang hilang
- Kematian ahli waris bersama
✨ DISEDIAKAN
<> E Sijil Penyertaan
<> E Nota BLF
✨ PERCUMA
<> Rakaman BLF
<> Slaid BLF
✨ MAKLUMAT PENCERAMAH
Ustaz Hilmi Haniz adalah seorang lulusan Diploma Profesional Pengurusan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi kuliah dan ceramah kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti di Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan, Masjid Al-Huda, Paya Jaras, Surau Ar-Raudhah, AU3, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.
✨ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN
Sila lengkapkan borang di bawah
✨ PERTANYAAN
Sila hubungi 018 789 2252 atau
WhatsApp > https://wa.me/60187892252
✨ Sila sertai Channel Telegram > https://t.me/fahamfaraidh
✨ Laman web > www.fahamfaraidh.com
Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya
Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira
#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #mawaris #lanjutan #akademialif #fahamfaraidh #duahfaraidhmalaysia #pdfm #fyp #reel