Bengkel Lanjutan Faraidh 31 Ogos 2024

Bengkel Lanjutan Faraidh 31 Ogos 2024

BENGKEL LANJUTAN FARAIDH

(Bengkel ini adalah lanjutan daripada Bengkel Asas dan Kira Faraidh)

???? 31 Ogos 2024, Sabtu

⌚️ 9 pagi – 5 petang

???? Akademi Alif, Petaling Jaya

???? RM 75 sahaja (Bersemuka)

???? RM 35 sahaja (Online)

???? Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS


PENGENALAN

     Setelah mengetahui dan memahami asas dan pengiraan faraidh, dengan sukacitanya Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dan Akademi Alif akan meneruskan bengkel berikutnya iaitu Bengkel Lanjutan Faraidh

     Bengkel Lanjutan ini diadakan sebagai tambahan untuk mendalami lebih dalam lagi berkaitan ilmu Faraidh serta memperbanyakkan latihan ahli waris yang berhak, bahagian mereka dan pengiraan.

      Bengkel ini khusus kepada peserta yang telah menyertai Bengkel Asas Faham Faraidh dan Bengkel  Kira Faraidh yang terdahulu. Namun begitu, bengkel ini juga terbuka kepada mereka yang telah faham dan mahir tentang asas faraidh dan pengiraan.



✨ OBJEKTIF BENGKEL LANJUTAN 


 ☑️ Memahami pengetahuan yang lebih mendalam tentang ilmu Faraidh

 ☑️ Mempertingkatkan cara mengenali ahli waris yang berhak dan bahagian mereka

 ☑️ Menajamkan kemahiran Kaedah Fajar

 ☑️ Menambah kemahiran pengiraan bahagian ahli waris


✨ KANDUNGAN BENGKEL


 ☑️ Masalah-masalah dalam pengiraan

- Jumlah pembilang lebih besar daripada Asal Masalah (العَوْل)

- Pengembalian bahagian kepada ahli waris ( الرَدّ )

- Datuk bersama saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )


 ☑️ Munasakhat / Perpindahan ( المُنَاسَخَات )

 ☑️ Takharuj / Keluar daripada mengambil bahagian ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )

 ☑️ Masalah-masalah yang dikecualikan daripada pengiraan biasa.

- Al-Gharrawiyatain ( الغًرَّوِيَتَيْن )

- Al-Musytarakah ( المُشْتَرَكَة )

- Al-Akdariah ( الأَكْدَرِيَّة )


 ☑️ Ramalan dan penjagaan

- Janin dalam kandungan

- Anak zina atau li'an

- Khunsa

- Orang yang hilang

- Kematian ahli waris bersama


✨ DISEDIAKAN 


Bersemuka

???? Sijil Penyertaan

 ???? Jamuan

???? Nota fizikal BLF 

???? Slaid BLF

???? Rakaman BLF


Online

???? E Sijil Penyertaan

???? E Nota BLF

???? Rakaman BLF

???? Slaid BLF


✨ MAKLUMAT PENCERAMAH

Ustaz Hilmi Haniz adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi kuliah dan ceramah kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti di Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan, Masjid Al-Huda, Paya Jaras, Surau Ar-Raudhah, AU3, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.


✨ LOKASI BENGKEL BERSEMUKA

Akademi Alif

30-2, Jalan Teknologi 3/6c

Taman Sains Selangor 1,

Kota Damansara

48100 Petaling Jaya

Google maps > https://ezy.la/LOKA5I


✨ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN

Sila lengkapkan borang di bawah



✨ PERTANYAAN 


Sila hubungi 018 789 2252 atau 

WhatsApp > https://wa.me/60187892252


✨ Sila sertai Channel Telegram > https://t.me/fahamfaraidh

✨ Laman web > www.fahamfaraidh.com


Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya


Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #mawaris #lanjutan #akademialif #fahamfaraidh #duahfaraidhmalaysia #pdfm #fyp #reel 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Yuran Bengkel Lanjutan Faraidh (Bersemuka)
HABIS STOK
Yuran Bengkel Lanjutan Faraidh (Online)
127
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PESERTA



Maklumat Peniaga

Alif Abadi Enterprise (SA 0399406-W)
akademialif@gmail.com
+60187892252
Bantuan (WhatsApp)