Buku Faham Faraidh



SINOPSIS BUKU FAHAM FARAIDH 

Ilmu Faraidh merupakan salah satu ilmu yang istimewa dan unik, namun masih tidak ramai di kalangan umat Islam yang dapat menguasai ilmu ini. Ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, samada dari segi tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami ilmu ini, tahap penguasaan ilmu matematik yang lemah dan sebagainya.

Maka bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan teknik-teknik pengiraan yang ringkas. Buku ini merupakan buku yang kedua penyusun iaitu buku lanjutan daripada buku asas iaitu Fajar Faraidh.

Buku ini dihasilkan setelah penyusun mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat-maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan. Selain itu juga penyusun juga telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka  dan artikel-artikel berkenaan bidang ini.

Pembahagian buku ini masih dikekalkan seperti di dalam buku Fajar Faraidh iaitu dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu, Pemahaman dan Pengiraan. Dua bidang pengetahuan ini amat penting untuk memahami dan menguasai ilmu Faraidh.  Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahaminya.


SPESIFIKASI BUKU

  1. Judul Buku : Faham Faraidh
  2. Penulis dan penerbit : Hilmi Haniz bin Muhammad
  3. ISBN : 978 - 967 - 17158 - 0 - 2
  4. Kategori : Pembahagian harta pusaka Islam
  5. Tarikh terbit : 9 Ogos 2019
  6. Saiz : A5 ( separuh A4 )
  7. Kertas : Art Card 230 gsm ( kulit nipis ) dan Simili 70 gsm ( isi )
  8. Kemasan Kulit :  UV Laminate
  9. Jilidan : Perfect binding
  10. Warna : Kulit ( 4 warna ) dan Isi ( hitam )
  11. Tebal : 322 muka surat
  12. Berat : 0.38 gram



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Buku Faham Faraidh
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel akademialif@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaAlif Abadi Enterprise
No. Akaun8603025716
Buka CIMB Clicks  

PENGESAHAN



Maklumat Peniaga

Alif Abadi Enterprise (SA 0399406-W)
akademialif@gmail.com
+60187892252
Bantuan (WhatsApp)