Bengkel Asas Faraidh (Rakaman)

Bengkel Asas Faraidh (Rakaman)

Pembelajaran Asas Faraidh melalui video rakaman


✅ Video berdurasi 7 jam

✅ Boleh muat turun video

✅ RM 29 sahaja

✅ PERCUMA Slaid, dan 2 E Poster (Roda dan Piramid)

✅ Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS


✒️ PENGENALAN

    Harta seseorang akan menjadi milik ahli warisnya apabila dia meninggal dunia. Syari'at Islam telah menetapkan pembahagian harta si mati kepada ahli warisnya dengan kadar-kadar tertentu dengan penuh keadilan. Ilmu ini dinamai dengan ilmu Faraidh.

    Pengetahuan berkaitan ilmu ini masih diperingkat rendah di kalangan masyarakat. Ini dapat diketahui masih banyak salah faham di antara mereka berkenaan pembahagian faraidh. Contohnya, ada pandangan mengatakan hukum faraidh hanya menjadi wajib apabila ahli waris tidak ada kata sepakat.

    Selain itu, ada mengatakan bahawa ahli waris tertentu sahaja yang dapat sebahagian besar harta pusaka seperti anak sulong, anak bongsu, anak yang menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan lain-lain lagi.

    Untuk mengikis kekeliruan seumpama ini, maka Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dan Akademi Alif menyediakan rakaman Bengkel Asas Faham Faraidh. Bengkel ini adalah bagi menerangkan secara asas ilmu faraidh tanpa melibatkan pengiraan faraidh.


✒️ OBJEKTIF BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH

✅ Menyebarkan pengetahuan tentang ilmu Faraidh.

✅ Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta secara adil menurut Syari'at Islam.

✅ Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh dengan kaedah Fajar

✅ Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraid dalam masyarakat Islam

✅ Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dan pengiraan dalam ilmu faraid


✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL

✅ Pengenalan ilmu Faraidh

✅ Kepentingan dan keistimewaannya

✅ Kepentingan mempelajarinya

✅ Harta pusaka

✅ Perkara wajib ditunaikan sebelum pembahagian faraidh

✅ Sebab-sebab mendapat pusaka

✅ Rukun-rukun pusaka

✅ Syarat-syarat pusaka

✅ Mereka yang ditegah mendapat harta pusaka

✅ Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar


Tiada operasi matematik / pengiraan dalam bengkel ini.


✒️ INFO TENAGA PENGAJAR

Ustaz Hilmi Haniz merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Beliau mempunyai 3 tauliah mengajar iaitu daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau juga merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh serta menghasilkan 3 poster faraidh. Selain itu, beliau aktif memberi kuliah dan ceramah berkaitan ilmu Faraidh kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Baitulmal Selangor, UiTM, UNISEL, UTM, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.


✒️ DISEDIAKAN

✅ E Nota

✅ Slaid Bengkel

✅ Video Rakaman


✒️ PERCUMA !

✅ E Poster Roda Faraidh

✅ E Poster Piramid Pusaka


✒️ PEMBELIAN

Sila lengkapkan maklumat dan pembayaran di bawah


✒️ MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi

018 789 2252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252


Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


#kursus #bengkel #seminar #asas #faraid #faraidh #percuma #mawaris #akademi #alif #hilmi #haniz


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bengkel Asas Faraidh (Rakaman)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau


Maklumat Peniaga

Alif Abadi Enterprise (SA 0399406-W)
akademialif@gmail.com
+60187892252
Bantuan (WhatsApp)