Buku Faham Faraidh
Spesifikasi buku
1. Saiz A5 ( separuh A4 )
2. Kemasan Kulit – Gloss Laminate
3. Jilidan : Perfect binding
4. Warna : Kulit ( 4 warna ) dan Isi ( hitam )
5. Tebal : 322 muka surat
6. Berat : 0.38 gram
7. ISBN : 978 - 967 - 17158 - 0 - 2
Harga Buku
RM 30 sahaja
Keistimewaan buku Faham Faraidh
1. Isi kandungan disusun dengan mengikut tertib dan berstruktur.
2. Penjelasan yang ringkas dan menggunakan gaya bahasa yang mudah.
3. Mengandungi maklumat yang lengkap dan padat.
4. Kaedah pengiraan yang praktikal dan mudah difahami.
5. Mengumpulkan banyak maklumat daripada kitab-kitab dan buku-buku berkenaan ilmu Faraidh.
6. Dilengkapi dengan pelbagai contoh, jadual, gambararajah dan kaedah Faraidh.
Sinopsis Buku Faham Faraidh
Ilmu Faraidh merupakan salah satu ilmu yang istimewa dan unik, namun masih tidak ramai di kalangan umat Islam yang dapat menguasai ilmu ini. Ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, samada dari segi tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami ilmu ini, tahap penguasaan ilmu matematik yang lemah dan sebagainya.
Maka bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan teknik-teknik pengiraan yang ringkas. Buku ini merupakan buku yang kedua penyusun iaitu buku lanjutan daripada buku asas iaitu Fajar Faraidh.
Buku ini dihasilkan setelah penyusun mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat-maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan. Selain itu juga penyusun juga telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka dan artikel-artikel berkenaan bidang ini.
Pembahagian buku ini masih dikekalkan seperti di dalam buku Fajar Faraidh iaitu dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu, Pemahaman dan Pengiraan. Dua bidang pengetahuan ini amat penting untuk memahami dan menguasai ilmu Faraidh. Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahaminya.
Isi kandungan Buku Faham Faraidh
BAHAGIAN PERTAMA : PEMAHAMAN ( الفِقْهُ )
1. PENGENALAN
a. Definisi ilmu Faraidh
b. Peranan ilmu Faraidh
c. Tujuan ilmu Faraidh
d. Sejarah pewarisan harta pusaka
e. Hukum Faraidh
f. Kepentingan mempelajari ilmu Faraidh
g. Sahabat yang mahir ilmu Faraidh
h. Kepentingan dan keistimewaan ilmu Faraidh
i. Sumber hukum Faraidh
2. Rukun-rukun Pusaka
3. Harta Pusaka
4. Perkara wajib ditunaikan terhadap harta pusaka
5. Sebab-sebab Pusaka
6. Syarat-syarat Pusaka
7. Penegahan Pusaka
8. Ahli-ahli waris yang berhak
a. Kategori mengikut jantina
b. Kategori mengikut sebab
c. Peta pokok ahli waris yang berhak
d. Bukan ahli waris yang berhak
e. Ahli waris yang tersembunyi
9. Jenis-jenis Pembahagian Pusaka
a. Pembahagian Secara Fardhu ( الفَرْضُ )
b. Pembahagian Secara ‘Asobah ( العَصَبَةُ )
c. Bahagian waris lelaki lebih banyak daripada perempuan
d. Turutan pembahagian harta pusaka
e. Kesimpulan
10. Penghalangan Pusaka ( الحَجْبُ )
a. Definisi
b. Jenis-jenis Halangan Syakhsi
c. Kaedah-kaedah Halangan Sepenuhnya
d. Kategori Halangan Sepenuhnya
e. Perbezaan Penegahan dan Penghalangan
11. Contoh permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian
12. Dzawul Arham ( ذَوُو الأَرْحَام )
a. Definisi
b. Dalil pewarisan Dzawil Arham
c. Syarat-syarat pewarisan Dzawil Arham
d. Ahli-ahli waris Dzawil Arham
e. Kaedah perwarisan Dzawil Arham
f. Contoh permasalahan dan langkah penyelesaian
BAHAGIAN KEDUA : PENGIRAAN ( الحِسَاب )
1. Pendahuluan
2. Pecahan
a. Istilah-istilah pecahan
3. Langkah-langkah Pengiraan Pusaka
a. Melakar jadual
b. Asal Masalah
c. Ta’sil
d. Menentukan Saham
e. Mencari baki
f. Menyemak jawapan
4. Contoh-contoh Pengiraan Asas
a. Pengiraan ahli Fardhu sahaja
b. Pengiraan ahli 'Asobah sahaja
c. Pengiraan ahli ‘Asobah bersama ahli Fardhu
i. Ahli ‘Asobah mendapat baki
ii. Ahli ‘Asobah tidak mendapat baki
iii. Saudara lelaki pembawa tuah dan pembawa malang
iv. Cicit lelaki dan cucu perempuan
5. Pengiraan-pengiraan Tambahan
a. Tashih ( التَصْحِيحُ )
i. Definisi
ii. Tashih tidak diperlukan
iii. Cara Tashih masalah
b. ‘Aul ( العَوْل )
i. Definisi
ii. Cara mengatasi masalah ‘Aul
iii. Contoh-contoh Masalah ‘Aul
iv. Peristiwa ‘Aul yang pertama
c. Radd ( الرَدّ )
i. Definisi
ii. Syarat-syarat Radd
iii. Kaedah Radd
6. Pengiraan – pengiraan Lanjutan
a. Munasakhat ( المُنَاسَخَات )
i. Definisi
ii. Syarat kematian
iii. Munasakhat tidak diperlukan
iv. Langkah pengiraan Munasakhat
v. Satu individu dua ahli waris
vi. Contoh Munasakhat 3 lapis kematian
b. Takharuj ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )
i. Definisi
ii. Peristiwa Takharuj yang pertama
iii. Syarat – syarat Takharuj
iv. Tujuan Takharuj
v. Keadaan mengundurkan diri
c. Datuk Bersama Saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )
i. Definisi
ii. Hukum
iii. Faktor Datuk mewarisi bersama Saudara
iv. Cara pembahagian Datuk Shahih
v. Makna Muqosamah
vi. Pengiraan
vii. Bilangan dihitung walaupun dihalang
viii. Saudara perempuan seibu sebapa bersama saudara lelaki sebapa
d. Pengiraan Dzawil Arham (حِسَابُ ذَوِي الأَرْحَام )
7. Pengecualian daripada kaedah pengiraan biasa
a. Al-Umariyatain ( العُمَرِيَتَيْن )
i. Peristiwa pertama kali berlaku
ii. Dalil
iii. Pengiraan
iv. Gelaran
b. Al-Musytarakah ( المُشْتَرَكَة )
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Kisah Al-Musytarakah yang pertama
iv. Gelaran
c. Al-Akdariah ( الأَكْدَرِيَّة )
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Gelaran
8. Andaian dan penjagaan ( التَّقْدِيرُ وَ الإِحْتِيَاطُ )
a. Janin dalam kandungan
b. Anak zina dan anak li'an
c. Khuntsa
d. Orang yang hilang
e. Kematian serentak